Friday, 15 July 2016
Alhamdulillah syukur aku lulus semua kertas, janji tak perlu ulang kertas. sudah la yuran terpaksa tanggung sendiri. semoga Allah permudahkan segala usaha aku untuk kekal di sini...semoga aku mampu hadapi detik masa yang berbaki lagi 2 tahun pengajian. kalau ikut hati nak je berhenti, tapi teringat semula kata-kata berbunyi- putus asa adalah satu kelemahan dan nasib seseorang itu tidak akan berubah sendiri tanpa seseorang itu berusaha mengubah sendiri nasib dirinya. Cuma anak2 aku yang susah sangat aku nak bentuk, mungkin masih belum terlewat.
Thursday, 14 July 2016
Agak lama juga aku tidak menulis dalam blog ni. Kerana terlalu sibuk dengan tugas. Memang apa yang aku doakan telah dimakbulkan, syukur alhamdulillah, aku telah dapat bekerja semula di negeri kelahiran ku Pulau Pinang. Walaupun terpaksa melintas selat tetapi masih dapat berkumpul bersama keluarga. Sibuk dengan keluarga, kerja & terpaksa sambung belajar...Penat...Penat...Penat... Tawakkal je lah...Jam 11.00 pagi ni keputusan final tahun 2 Pjj USM akan keluar lagi la berdebar.... ntah apa la yg aku dpt...??? mudah-mudahan Allah permudahkan perjalan yang telah ia janjikan...
Tuesday, 25 September 2012
siksanya menanti kepastian....
Tuesday, 29 May 2012
Penantian Hampir Pasti...
tanggal 23 Mei 2012 9:00 pagi aku menerima satu panggilan yang di nanti2kan, dari bahagian latihan KKM membawa berita gembira. Aku berkemungkinan akan dpt pulang semula bertugas di negeri kelahiran aku di Pulau Pinang. Jika benar berita itu aku amat bersyukur kehadrat illahi kerana telah memaqbulkan doa2 aku selama ini. mudah2an aku akan dapat terus bertugas di Pulau Pinang sehingga aku bersara insyaallah jika diizinkan Allah (swt). Semoga pilihan yg aku buat kali ini akan mengembirakan keluarga aku.....wallahhuallam....
Saturday, 28 January 2012
penantian tanpa kepastian.
Nov 2011 aku telah memohon untuk mengisi jawatan pengajar di kolej dimana aku pernah belajar tentang apa yang telah aku hasilkan sekarang ini. dan pada tanggal 19 Januari lalu aku telah pun d temuduga di Putrajaya . Jika di takdirkan aku dapat, maka aku sekali lagi akan berpindah kembali ke Pulau Pinang. penantian sungguh menyiksakan.
Saturday, 13 August 2011
Ramadhan bulan penuh keberkatan....
Alhamdulillah syukur kehadrat illahi, keluarga ku bersatu kembali, kerje ku juga semakin kurang membebankan dgn kehadiran dua sahabat dari post basic ortho, so aku boleh la membantu yang rakan2 lain dlm menyiapkan serta mengurangkan senarai menanti yang sediada.....aku rasa aku dah makin suka kerja d sini (Ipoh) walau lebih belanja harian tetapi aku aman d sini.....
Subscribe to:
Posts (Atom)