Sunday 3 March 2019

rev Y2 S II mcq


1.
Mengapakah tapak model kerja perlu ditiruskan serta dikorek sebelum memasangnya pada artikulator satah bebas bagi kes kelas II?

A.
Supaya model tidak pecah ketika proses penyahlilinan

B.
Supaya model mudah diasingkan ketika proses nyahkelalang

C.
Supaya menjadi panduan semasa pemasangan semula model

D.
Supaya pegangan model pada mounting di artikulator lebih kuat



2.
Apakah kelebihan penggunaan artikulator satah bebas dalam penyusunan gigi dentur penuh kelas I dan II?

A.
masa yang minima diambil proses percubaan

B.
gangguan kuspa semasa pengerakan di dalam mulut

C.
pengunyahan makanan dilakukan dibahagian anterior                    

D.
daya kunyahan disebarkan pada semua gigi-gigi posterior



3.
Di antara berikut, yang manakah berkaitan penyusunan gigi dalam pembuatan dentur kelas III?

A.
Jarak overjet yang luas

B.
Jarak menegak yang melebihi 4 mm

C.
Terdapat gigitan pengimbang semasa protrudan

D.
Gigitan silang untuk saiz rahang mandibel yang besar



4.
Apakah yuang perlu dilakukan jika terdapat ruang sempit untuk meletakkan gigi kanin mandibel dalam penyusunan gigi kelas II?

A.
Diisikan dengan akrilik

B.
Gantikan dengan saiz kanin yang kecil

C.
Ubahkan kedudukan gigi di bahagian posterior

D.
Pangkaskan bahagian mesial dan distal gigi kanin



5.
Bagaimanakah kestabilan dan pegangan untuk dentur penuh kelas II diperolehi?

A.
Susun gigi posterior keluar sedikit dari batas

B.
Sentuhan gigi anterior semasa pergerakan lateral

C.
Susunan gigi di maksila bersudut tepat di atas kresta batas

D.
Di bahagian anterior mandibel keluar sedikit dari kresta batas



6.
Di antara berikut, yang manakah berkaitan dengan prosedur melandas semula dentur penuh?

A.
Menggantikan plat landas yang baru

B.
Menggantikan  gigi baru pada dentur sedia ada

C.
Menggunakan dentur pesakit sebagai ceper khas

D.
Menukarkan keseluruhan permukaan padanan dentur



7.
Di antara berikut, yang manakah berkaitan dengan prosedur pengelalangan
dentur penuh yang dilapik semula?

A.
Inveskan dentur bersama model kerja ke dalam kelalang

B.
Benamkan dentur bersama bahan impresi ke dalam kelalang

C.
Buangkan bahan impresi sebelum diinveskan dalam kelalang

D.
Sapukan bahantara pengasingan pada dentur dalam kelalang



8.
Apakah penyebab utama dentur penuh perlu dilapik semula?

A.
Dentur yang patah

B.
Dentur yang longgar

C.
Warna dan saiz gigi tidak sesuai

D.
Kerja gusi pada landas tidak cantik



9.
Mengapakah dentur yang dilandas semula perlu di pangkas sehingga ke servikal gigi tiruan?

A.
Landas baru lebih kuat

B.
Elak garis perenggangan

C.
Dentur lebih selesa dipakai

D.
Elak penambahan dimensi tegak



10.
Apakah persamaan antara melapik dan melandas dentur?

A.
Membuat matrik

B.
Melakukan perlilinan

C.
Mengekalkan arkus asal

D.
Dipasangkan pada artikulator


11.
Bagaimanakah pergerakan yang dihasilkan oleh artikulator satah bebas?

A.
Bebas dengan sudut kondil ditetapkan

B.
Bebas dengan sudut kondil boleh diubah

C.
Satu arah dengan sudut kondil ditetapkan

D.
Satu arah dengan sudut kondil boleh diubah



12.
Berikut adalah komponen pada sebuah artikulator kecuali

A.
meja insisal

B.
tiang insisal

C.
tiang oklusi

D.
meja satah oklusi



13.
Bagaimanakah penyusunan gigi posterior dentur penuh bagi kes hubungan rahang Kelas III dilakukan?

A.
Oklusi sentrik

B.
Gigitan silang

C.
Hubungan pepinggir

D.
Penambahan overjet



14.
Di antara berikut, yang manakah berkaitan gigitan pengimbang untuk dentur penuh kelas II?

A.
Hubungan kedudukan gigi-gigi dengan kresta batas

B.
Pinggir gigi insisor bawah bertemu dengan pinggir insisor atas

C.
Kuspa bukal posterior bawah menyentuh kuspa bukal gigi posterior atas

D.
Kuspa bukal gigi posterior bawah menyentuh kuspa palatal  gigi posterior atas



15.
Pemilihan saiz gigi anterior mandibel  dalam penyusunan dentur penuh kelas III adalah berdasarkan

A.
bentuk muka dan usia pesakit

B.
kepanjangan, kelebaran arkus dan saiz rahang

C.
model tuangan yang dihasilkan dari impresi sekunder

D.
permukaan labial dan tanda-tanda pada blok gigitan



16.
Di antara berikut, yang manakah berkaitan melandas semula dentur penuh?

A.
Keseluruhan plat landas dentur diganti

B.
Menggantikan permukaan padanan yang baru

C.
Membuat dentur baru dengan teknik copy denture

D.
Menggantikan gigi-gigi baru pada dentur sedia ada



17.
Bagaimana proses pempolimeran haba dentur dilandas semula dilakukan?

A.
Pempolimeran haba 70oC selama 7 jam

B.
Pempolimeran haba 80oC selama 8 jam

C.
Pempolimeran haba 75oC selama 6 jam

D.
Pempolimeran haba 85oC selama 7 jam



18.
Apakah bahan impresi yang sesuai dalam melakukan proses melapik semula dentur?

A.
Alginat

B.
Silicone

C.
Impregum

D.
Zink oksida eugenol



19.
Mengapakah dentur perlu dilakukan proses melapik semula ?

A.
Memulihkan oklusi gigi

B.
Menghilangkan gigitan kunci

C.
Menggantikan landas yang patah

D.
Mengembalikan kestabilan dentur



20.
Bagaimana langkah pertama proses melandas semula dilakukan?

A.
Impresi tidak perlu diambil

B.
Impresi diambil dengan dentur

C.
Impresi diambil dengan ceper stok

D.
Impresi diambil dengan ceper khas



No comments:

Post a Comment