Sunday, 3 March 2019

rev Y2 S II mcq


1.
Apakah tujuan tapak model kerja di korek setelah selesai di pangkas ?

A.
Penguat

B.
Panduan

C.
Pegangan

D.
Pengimbang



2.
Apakah fungsi pin panduan insisal semasa pemasangan tuangan dentur
penuh ke atas artikulator satah bebas?

A.
garis tegak

B.
saiz gigi-gigi anterior

C.
ketinggian tiang insisal

D.
kedudukan garis tengah



3.
Bagaimanakah kaedah penyusunan gigi untuk memperolehi kestabilan dentur bagi kes hubungan rahang Kelas III?

A.
Menggunakan gigi-gigi anterior maksila yang lebih lebar

B.
Membuat penyusunan gigi-gigi tiruan secara gigitan silang

C.
Menambahkan jumlah gigi insisor mandibel yang digunakan

D.
Mengurangkan jumlah gigi pramolar mandibel yang digunakan



4.
Di antara pernyataan berikut, yang manakah berkaitan dentur penuh Kelas II?

A.
Overjet yang terhasil antara gigi-gigi anterior mempunyai nilai negatif

B.
Kuspa bukal gigi posterior maksila beroklud palatal kepada gigi mandibel

C.
Gigi anterior mandibel bersaiz lebih lebar perlu disusun dalam bentuk arkus tirus

D.
Gigi posterior berkuspa tinggi lebih baik digunakan bagi tujuan kestabilan dan estetik



5.
Pengasahan berpilih bagi mengatasi gigitan terangkat bagi dentur penuh
kelas III gigitan silang dilakukan pada

A.
kecondongan lingual kuspa bukal atas

B.
kecondongan lingual kuspa bukal bawah

C.
permukaan bukal atas dan lingual bawah

D.
permukaan bukal bawah dan lingual bawah



6.
Di antara berikut, yang manakah berkaitan melandas semula dentur penuh?

A.
Keseluruhan plat landas dentur diganti

B.
Menggantikan permukaan padanan yang baru

C.
Membuat dentur baru dengan teknik copy denture

D.
Menggantikan gigi-gigi baru pada dentur sedia ada




7.
Bagaimana dentur dipangkas dalam prosedur melandas semula?

A.
Keseluruhan landas dipangkas

B.
Kawasan flanj sahaja dipangkas

C.
Kawasan poros sahaja dipangkas

D.
Kawasan padanan sahaja di pangkas



8.
Mengapakah dentur yang baru perlu dilakukan melapik semula?

A.
Dentur yang dihasilkan terlalu tebal

B.
Dentur yang dihasilkan mengalami poros

C.
Dentur yang dihasilkan mengalami keledingan

D.
Dentur yang dihasilkan patah ketika nyahkelalang



9.
Bagaimana untuk mendapatkan dimensi tegak jika hanya dentur atas sahaja dibuat melandas semula?

A.
Menggunakan meja satah

B.
Menggunakan matriks pop

C.
Menggunakan blok gigitan

D.
Menggunakan model edentulus



10.
Apakah kesamaan di antara prosedur melapik dan melandas semula dentur?


A.
Arkus asal dikekalkan

B.
Perlu dibuat pelilinan semula

C.
Keseluruhan landas dipangkas

D.
Perlu diambil impresi dengan ceper


11.
Di bawah adalah alatan yang digunakan semasa pemasangan tuangan kerja dentur penuh pada artikulator satah bebas kecuali

A.
Pin penahan

B.
Spring devider

C.
Meja satah oklusi

D.
Pin panduan insisal



12.
Apakah fungsi plastisin yang digunakan semasa pemasangan tuangan dentur penuh kelas II dan III?

A.
Kuatkan pegangan tuangan pada artikulator

B.
Mudahkan menyelaras satah oklusi blok gigitan

C.
Pemegang untuk meletakkan pin panduan insisal

D.
Menyokong model semasa penyusunan gigi dilakukan.



13.
Di antara berikut yang manakah berkaitan pemilihan gigi anterior dalam penyusunan gig dentur penuh kelas III?

A.
Saiz model mandibel pesakit

B.
Bentuk muka dan usia pesakit

C.
Kepanjangan arkus dan ketinggian gigitan

D.
Saiz impresi yang diambil oleh Pegawai Pergigian



14.
Apakah yang memberikan kestabilan dan fungsi yang maksima pada gigi posterior mandibel kelas II?

A.
Gigi posterior disusun dengan cara gigitan silang

B.
Gigi anterior mandibel disusun tegak di atas kresta batas

C.
Gigi anterior mandibel disusun keluar sedikit dari kresta batas

D.
Gigi posterior disusun bersudut tepat dengan puncak batas maksila



15.
Apakah ciri-ciri yang terdapat dalam penyusunn gigi denture penuh kelas III?

A.
Overjet dan overbit yang sangat luas

B.
Gigitan silang pada rahang yang sama saiz

C.
Bahagian anterior mempunyai gigtan pepinggir

D.
Gigitan pengimbang semasa gerakan protrudan



16.
Mengapakah dentur yang hendak diisu kepada pesakit perlu dilapik semula?

A.
Dentur mengalami gigi tertanggal

B.
Dentur patah ketika dinyahkelalang

C.
Dentur yang diisu longgar dan tidak rapat

D.
Dentur poros ketika proses pempolimeran haba



17.
Di antara berikut adalah berkaitan melandas semula dentur kecuali?

A.
Perlu dipasang pada artikulator

B.
Pangkas padanan dentur hingga nipis

C.
Membuat matrik untuk dapatkan dimensi tegak

D.
Memangkas semua landas dan mengganti landas baru



18.
Bagaimanakah prosedur pengelalangan dentur yang dilandas semula?

A.
Pengelalangan teknik terbalik

B.
Pengelalangan teknik bumbung

C.
Benamkan dentur setelah bahan impresi ditanggalkan

D.
Benamkan dentur yang dijadikan impresi kedalam kelalang



19.
Mengapakah dentur yang dilandas semula perlu di pangkas sehingga ke servikal gigi tiruan?

A.
Supaya arkus asal dentur tidak berubah

B.
Supaya tiada penambahan dimensi tegak

C.
Supaya gigi melekat lebih kuat pada landas

D.
Supaya tiada kesan perenggangan pada servikal gigi



20.
Selain dari membuat matrik, apakah cara lain untuk mengekalkan arkus asal dentur?

A.
Percubaan dalam mulut pesakit untuk mendapatkan oklusi

B.
Pemadatan percubaan supaya gigi tidak berubah kedudukan

C.
Mengambl impresi dentur bertentangan untuk dijadikan model

D.
Memasang model pada artikulator menggunakan meja satah oklusi