Friday, 15 July 2016
Alhamdulillah syukur aku lulus semua kertas, janji tak perlu ulang kertas. sudah la yuran terpaksa tanggung sendiri. semoga Allah permudahkan segala usaha aku untuk kekal di sini...semoga aku mampu hadapi detik masa yang berbaki lagi 2 tahun pengajian. kalau ikut hati nak je berhenti, tapi teringat semula kata-kata berbunyi- putus asa adalah satu kelemahan dan nasib seseorang itu tidak akan berubah sendiri tanpa seseorang itu berusaha mengubah sendiri nasib dirinya. Cuma anak2 aku yang susah sangat aku nak bentuk, mungkin masih belum terlewat.
Thursday, 14 July 2016
Agak lama juga aku tidak menulis dalam blog ni. Kerana terlalu sibuk dengan tugas. Memang apa yang aku doakan telah dimakbulkan, syukur alhamdulillah, aku telah dapat bekerja semula di negeri kelahiran ku Pulau Pinang. Walaupun terpaksa melintas selat tetapi masih dapat berkumpul bersama keluarga. Sibuk dengan keluarga, kerja & terpaksa sambung belajar...Penat...Penat...Penat... Tawakkal je lah...Jam 11.00 pagi ni keputusan final tahun 2 Pjj USM akan keluar lagi la berdebar.... ntah apa la yg aku dpt...??? mudah-mudahan Allah permudahkan perjalan yang telah ia janjikan...
Subscribe to:
Posts (Atom)