Tuesday 29 May 2012

Penantian Hampir Pasti...

tanggal 23 Mei 2012 9:00 pagi aku menerima satu panggilan yang di nanti2kan, dari bahagian latihan KKM membawa berita gembira. Aku berkemungkinan akan dpt pulang semula bertugas di negeri kelahiran aku di Pulau Pinang. Jika benar berita itu aku amat bersyukur kehadrat illahi kerana telah memaqbulkan doa2 aku selama ini. mudah2an aku akan dapat terus bertugas di Pulau Pinang sehingga aku bersara insyaallah jika diizinkan Allah (swt). Semoga pilihan yg aku buat kali ini akan mengembirakan keluarga aku.....wallahhuallam....